Thursday, 27 September 2012

Makanan Tradisional Di Malaysia



NASI LEMAK

Nasi Lemak ialah makanan tradisional melayu yang sungguh terkenal. Santapan ini biasanya dihidangkan untuk sarapan atau makan pagi. Siapa yang tidak pernah makan Nasi Lemak? Pada zaman dahulu, Nasi Lemak dihidangkan di atas daun pisang. Kini, orang ramai sudah tidak mengikut budaya itu lagi. Nasi Lemak biasanya dihidangkan dengan ikan goreng, ikan bilis, telur, timun dan sambal. Dalam era ini, Nasi Lemak dihidangkan dengan ayam goreng, otak-otak, udang, sambal sotong dan bermacam-macam lagi. Nasi Lemak masih disantap hingga ke hari kini.



RENDANG

Rendang adalah salah satu makanan yang amat diminati oleh orang ramai. Ia boleh dimakan dengan nasi, longtong, ataupun roti. Rendang biasanya dihidangkan di majilis perkahwinan atau majlis besar-besaran dan juga hari raya. Ada berbagai-bagai rendang - rendang daging, rendang ayam, rendang daging lembu. Hidangan ini adalah daripada kaum India akan tetapi, bangsa Melayu juga mempelajari bagaimana rendang dimasak. Ia sangat sukar dimasak. Walau bagaimanapun, ia sangat lazat.



PULUT 

Jika lihat gambar yang tertera di bawah, ia merupakan makanan tradisional yang paling popular di kalangan kaum Cina. Pulut ini enak dimakan bersama sos atau pun sambal tetapi ada sesetengah orang yang suka memakanya begitu sahaja. Pulut ini juga boleh dimasak secara bersup. Pada zaman dahulu, pulut ini amat popular tetapi kini ia tidak sebegitu diminati oleh orang muda. Pulut ini selalu dimakan kerana ianya dikatakan berkhasiat dan kulit pulut ini boleh membuat raut wajah kelihatan lebih berseri.


MEE SUP

Bukan sahaja pulut yang amat diminati oleh masyarakat Cina. Mereka juga amat suka memakan makanan yang bermi and bersup. Seperti Mi Sup dan bebagai-bagai lagi. Cara mereka untuk makan adalah menggunakkan chopsticks. Manakala kaum melayu mereka sering menggunakkan tangan kanan untuk makan kerana itulah adalah adat kami. Bermacam-macam bahan-bahan boleh dimasukkan ke dalam Mi Sup ini untuk membuatnya lebih lazat. Kaum india dan melayu yang lebih menggemarkan rasa pedas mengikut selera. Mereka meletak sayur-sayuran dan bebola ikan ataupun ketam panjang. Sungguh enak kan?



ROTI PRATA/ROTI CANAI

Enak sungguh Roti Prata ini sehingga saya rasa seperti hendak pergi ke Kedai Mamak. Roti Prata juga selalunya dipanggil Roti Canai di Malaysia. Di Singapura, roti ini boleh didapati di kedai India sahaja. Di Malaysia pula, roti ini boleh didapati bukan sahaja di kedai Mamak, malahan di kedai Melayu. Roti Prata boleh dimakan dengan kari, dalcha atau sambal. Tetapi selalunya, orang ramai makan Roti Prata ini dengan kari atau dalcha. Roti Prata ini mempunyai berbagai kualiti - mengikut cara membuatnya.




TANDOORI CHAPPATI

Tandoori Chappati. Mmm, lazatnya! Ini juga adalah salah satu daripada makanan tradisi kaum India. Mereka amat sukai makanan seperti roti dan bahan yang kaya dalam karbohidrat. Namun mengikut pantang larang mereka, tidak boleh makan daging lembu. Mereka suka menguyah daun sirih kerana ia kaya dengan bahan herba yang boleh mengubati penyakit dan sihatkan badan. Itulah sebabnya jarang kaum india menghadapi masalah kulit.












1 comment: